Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rundingan antara firma pelaburan milik kerajaan itu dengan kerajaan mahupun syarikat dari China berhubung bantuan kewangan dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Irwan Serigar, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan Financial Times semalam berhubung dakwaan bantuan kewangan dari China untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara 1MDB dengan IPIC.
Menurut media kewangan berpengaruh dari UK itu, tiga individu yang rapat dengan hal tersebut berkata, China telah dilamar untuk menjadi sumber dana 1MDB dengan Malaysia akan menukar aset untuk pembiayaan.
Dakwaan berkenaan, bagaimanapun, tidak dapat disahkan secara bebas oleh Malaysiakini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment