Write For Us

'PAS berunding dengan Umno saja, salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan kewajaran PAS berunding dengan Umno dan tidak sepatutnya menjadi isu kepada DAP.
Katanya, jika kerajaan Pulau Pinang boleh berunding dengan kerajaan pusat mengenai jambatan Pulau Pinang atau projek di negeri itu, tidak ada sebab mengapa PAS dilarang berunding dengan Umno.
Menurut Abdul Hadi, pihak yang tidak bersetuju dengan RUU355 PAS juga berunding dengan negara luar untuk mengubah politik Malaysia.
"Kita berunding dengan Umno sahaja, sama-sama Melayu Islam, itu. Salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang tentang politik Malaysia. Politik Malaysia biar orang Malaysia lah yang buat perubahan tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari, ini.
"Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang tahu.
"Kita berunding dengan Umno tak boleh, dia berunding dengan Amerika boleh. Nak jemput Amerika campur tangan dalam negara kita, ini tak apa. Ini apa ini?" soal Abdul Hadi.
Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di Rusila malam tadi.
Video ucapan dimuat naik Terengganukini di Youtube.
Usul persendirian dibawa Abdul Hadi itu dibentang di Dewan Rakyat pada 6 April lalu sebelum Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku speaker menangguhkan perbahasan ke sesi akan datang.
Abdul Hadi membawa usul berkenaan bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - nama lain bagi Akta 355 - mempunyai had hukuman lebih tinggi.
Cadangan itu mendapat tentangan banyak pihak. Selain DAP, parti komponen BN juga tidak bersetuju dan sebahagiannya menganggap rang undang-undang berkenaan akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment