Write For Us

Chong Wei mahu bersara?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Selepas 19 tahun mengabdikan diri sebagai pemain badminton, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei dijangka mengumumkan persaraannya, minggu depan.
Memetik BH Sukan, menurut sumber, keputusan pemain berusia 37 tahun itu adalah atas nasihat daripada doktor yang merawatnya agar tidak lagi dibebani dengan tekanan bagi mencegah kanser hidung yang dihidapinya sebelum ini kembali menyerangnya.
Chong Wei sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak dia mengambil cuti pada hujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.
Sebelum itu, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu selepas disahkan bebas daripada kanser hidung yang dihidapinya.
Sementara itu, Chong Wei ketika dihubungi BH Sukan mengakui sudah membuat keputusan mengenai masa depannya dan akan memaklumkan mengenai perancangannya kepada BAM dan barisan kejurulatihan skuad negara selepas Hari Raya.
Chong Wei kali terakhir merangkul kejuaraan pada saingan Terbuka Malaysia 2018 yang menjadi gelaran ke-12 dalam kerjayanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment