Write For Us

Chong Wei miliki aset cecah RM300 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Sinar Harian memetik laporan portal thecelebritiesnetworth.com, di mana pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memiliki aset mencecah AS$75 juta bersamaan RM300 juta.
Ini merupakan hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.
Menurut portal Sport Rich List pula, aset pemain badminton negara itu pada 2011 adalah sebanyak RM1.7 juta dan ia meningkat kepada RM237 juta pada 2013.
Tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur, iaitu Chong Wei Binajaya di mana beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.
Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur.
Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang dimiliki Chong Wei adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment