Write For Us

Pengisytiharan aset: MP DAP miliki RM75.8 juta, Dr M - RM32.4 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah keseluruhan aset tertinggi iaitu pada nilai RM75.8 juta. Pengisytiharan aset itu adalah bersama isteri dan anaknya.
Berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berada di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.
Di tangga ketiga adalah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya dengan jumlah aset bernilai RM23.08 juta.
Ini diikuti oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya bernilai RM15.3 juta.
Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen telah mengisytiharkan aset mereka dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment