Write For Us

Mahkamah NZ benar keluarga Jho Low pindahkan aset AS$370 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Seorang hakim di New Zealand membenarkan ahli perniagaan kontroversi Malaysia, Jho Low dan anggota keluarganya mengawal harta dan saham di negara itu ketika mereka berdepan dengan penyitaan aset bernilai US$370 juta.
Disember lalu, anggota keluarga Jho Low yang dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram, berkata akan mencabarnya di Mahkamah New Zealand bagi melindungi aset-asetnya daripada dirampas Amerika Syarikat.
Empat anggota keluarga Jho Low juga memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk memindahkan pegangan mereka dalam harta tanah dan aset lain kepada pemegang amanah baru.
Aset-aset yang dirampas itu sebahagian daripada siasatan skandal 1MDB, yang menurut Jabatan Kehakiman AS, sebanyak US$3.5 bilion telah disalah guna.
Saman sivil itu bertujuan untuk merampas US$1.4 bilion aset yang didakwa berpunca daripada 1MDB untuk membeli harta tanah mewah di New York, Beverly Hills and London, lukisan terkenal dan jet peribadi.
Ia juga didakwa diboroskan untuk perjudian dan mendukung filem Hollywood lakonan bintang handalan Leonardo DiCaprio, The Wolf of Wall Street.
Usaha anggota keluarga Jho Low melindungi aset-aset mereka akan didengar oleh Hakim Kit Toogood di Mahkamah Tinggi Auckland hari ini.
Keempat-empat anggota keluarga itu ialah Low Hock Peng, Goh Gaik Ewe, Low May Lin, dan Low Taek Szen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment