Calon Parti Muda bagi Parlimen Tanjong Karang, Siti Rahayu Baharin tidak gentar bertanding di kubu kuat BN malah optimis kemenangan akan berpihak kepadanya 19 Nov nanti.
Siti Rahayu atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rahayu, mengakui bukan senang untuk Muda menawan Tanjong Karang pada PRU15 bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan kempen secara beradab dan bersungguh-sungguh.
Menurutnya, pengundi di Tanjong Karang sedar dan mahukan harapan, sinar dan idea baru setelah kawasan ini disandang selama 6 penggal oleh parti BN. Tambahnya lagi, terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki seperti isu ban pecah yang berulang-ulang berlaku.
Mengulas mengenai isu bukan calon tempatan, Siti Rahayu berkata ia bukan penghalang untuknya memberikan khidmat cemerlang sekiranya mendapat mandat kelak kerana sebagai aktivis yang sentiasa bekerja dengan penduduk di Chow Kit, dia yakin dapat berbuat perkara yang sama di Tanjong Karang.
Siti Rahayu berdepan dengan saingan lima penjuru melibatkan Azlan Sani Zawawi (Pejuang-Gagasan Bangsa), Kapt (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN), Datuk Habibah Mohd Yusof (BN) dan calon bebas Mohd Rosni Mastol.
Parlimen Tanjong Karang sebelum ini disandang Noh Omar selama enam penggal iaitu sejak 1995.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment