Write For Us

Cikgu terlampau!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Guru lelaki mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada Rabu, 27 November, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelakinya dalam kejadian empat tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Muzamil Pandak, 31, membuat pengakuan itu sebaik kesemua empat pertuduhan keatasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merangsang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun (ketika kejadian) iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun (ketika kejadian).
Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di inap desa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, antara 2 hingga 3 pagi pada 24 dan 25 Oktober 2015.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment