Write For Us

COO PMBK letak jawatan, sertai AMANAH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengemukakan surat peletakan jawatan serta-merta hari ini dan membayar pampasan sebulan gaji semata-mata untuk menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Kemasukan Sanusi Othman - yang juga adik kepada bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Allahyarham Yahya Othman - diumumkan Naib Presiden AMANAH Husam Musa di Kota Bharu hari ini.
Kata Husam Sanusi sanggup membayar pampasan sebulan gaji kepada PMBK semata-mata untuk bersama HARAPAN.
Husam yang juga bekas exco kanan Kelantan memberitahu sebelum ini Sanusi pernah berkhidmat sebagai pegawai Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tetapi "disingkirkan" dipercayai ada kaitan dengan pendedahan pernah dibuat mengenai syarikat berkenaan.
Kata Husam, dengan penyertaan Sanusi bersama AMANAH, HARAPAN Kelantan bercadang memilihnya sebagai seorang daripada calon mereka untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment