Write For Us

Covid-19: 1,295 kes baharu, kes tertinggi di Selangor, 7 kematian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Kes Covid-19 di Malaysia masih kekal empat angka apabila 1,295 kes baharu dan 7 lagi kematian diumumkan hari ini. Daripada jumlah itu, 1,285 merupakan kes tempatan dan 10 lagi kes impot

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 87,913 kes dengan kes aktif sebanyak 14,751.

Lembah Klang masih mencatatkan kes tertinggi, iaitu 55 peratus daripada semua kes baru. Selangor mempunyai kes terbanyak iaitu 481 dan Kuala Lumpur pula mencatatkan 232 kes.

7 lagi kematian baru diumumkan hari ini menjadikan kes kematian mencecah 429 kes.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment