Write For Us

Covid-19: 15 kes baru, kluster Tawar dikesan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
48 Views
Published
Terdapat 15 kes baru jangkitan Covid-19 yang dikesan setakat tengah hari ini dengan satu lagi lagi kluster baru yang muncul.

Menurut Kementerian Kesihatan, 11 daripada kes baru adalah kes penularan tempatan di mana 9 daripadanya adalah dari kluster Tawar, yang baru dikesan di Kedah.

Terdapat empat kes yang mendapat jangkitan dari luar negara di mana tiga kes melibatkan rakyat Malaysia yang kembali dari Indonesia dan satu kes melibatkan rakyat Malaysia yang kembali dari Yaman.

Tiada kematian baru dicatatkan dan jumlah kes kematian kekal dengan 125 kes.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment