Write For Us

Kluster baru Covid-19 dikesan di Kidurong, Sarawak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
50 Views
Published
Kementerian Kesihatan memaklumkan satu kluster baru yang dikesan di Kidurong, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini, terdapat 6 kes dikesan dalam kluster itu.

“Kes indeks adalah merupakan seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di mana beliau dikesan positif pada 12 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati bahawa ahli keluarga beliau (ibu, bapa dan 2 adik-beradik) juga dikesan positif Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Hisham berkata seorang rakan kepada bapa kes ini juga didapati positif Covid-19.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment