Write For Us

CPI 2019: Malaysia lonjak ke tangga 51

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Tekad kerajaan baharu membongkar pelbagai skandal meliputi agensi pelaburan berkepentingan awam, pasca peralihan tampuk pemerintahan dikenal pasti antara pemacu utama ke arah kejayaan Malaysia memperbaiki reputasi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019.
Indeks global membabitkan 180 negara di seluruh dunia itu menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga ke-51, tahun lalu, berbanding berada di kedudukan ke-61 pada 2018, selain mencatatkan peningkatan skor sebanyak enam mata kepada 53, berbanding 47.
Mengumumkan perkembangan positif itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, menjelaskan ‘pemulihan’ imej Malaysia didorong tindakan tuntas kerajaan dalam merungkai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), FELDA dan Tabung Haji, pasca keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Percaturan sehingga mengembalikan keyakinan terhadap urus tadbir kerajaan itu tidak terhenti, sebaliknya momentum berkenaan diteruskan menerusi siri penahanan beberapa pemimpin politik yang kemudian berdepan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment