Write For Us

Cuepacs tak puas hati permohonan maaf taikun

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
27 Views
Published
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak berpuas hati dengan permohonan maaf yang dibuat pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin semalam atas kenyataannya yang antara lain menyifatkan anggota tentera negara ini hanya "makan dan tidur.
Presidennya, Azih Muda berkata ini kerana kenyataan maaf itu tidak dibuat secara menyeluruh.
“Walaupun telah menarik balik kenyataan beliau, tetapi dia tidak menarik balik kenyataan menghina penjawat awam yang lain. Dia menyentuh bahawa penjawat awam ini perlu dibuang kerana kesal wang cukai yang mereka bayar digunakan untuk penjawat awam.
“Apakah matlamat beliau serang perkhidmatan awam? Sedangkan perkhidmatan awam yang ada sekarang kita dah bahagikan kepada beberapa cabang tentera, polis, guru, dan bakinya hanya ada 400 ribu sahaja.
“Siapa yang nak kena buang? Nak kecilkan anggota perkhidmatan awam, apa yang kita nak beri kepada rakyat? Kenapa sekarang? Apakah isyarat yang ada sebenarnya? Soalnya dalam sidang media di Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur, hari ini.
Azih berkata demikian menyentuh artikel Koon yang bertajuk "My Proposal For The Reduction And Improvement Of Our Civil Service" yang dimuat naik di blog beliau pada 12 Ogos 2019 dan telah dipetik oleh portal berita Air Times pada 13 Ogos 2019 dengan menggunakan tajuk ‘Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang Felda.’
Dalam artikel tersebut, Koon telah menyuarakan pandangan berkaitan saiz penjawat awam yang besar dan mengakibatkan perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat pada setiap tahun, perbelanjaan pencen kakitangan awam dan komposisi pengisian kakitangan awam yang tidak seimbang berdasarkan kaum.
Mengulas lanjut, Azih berkata kenyataan tersebut jelas sangat tidak bertanggunjawab.
Ekoran daripada itu, Azih turut mengingatkan Koon bahawa penjawat awam juga ada perasaan yang perlu dijaga.
Semalam, pengasas Gamuda itu telah meminta maaf atas kenyataannya, berkata kecaman yang diterimanya mungkin kerana caranya mengeluarkan kenyataan itu tidak disenangi sesetengah pihak.
"Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan," katanya seperti dipetik Utusan Online.
"Sepatutnya saya berkata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara. Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita.
"Namun ada pihak yang tidak suka dengan cara saya memperkatakan tentang anggota tentera," katanya lagi
Kenyataan Koon telah mengundang kritikan pemimpin kerajaan, pembangkang dan NGO yang menyifatkan kenyataan itu menghina menghina pasukan angkatan tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada 13 Ogos lalu menyifatkan kenyataan Koon sebagai satu salah faham terhadap angkatan tentera dan perlu diperbetulkan.
Pada masa aman, kata Liew, tentera berperanan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi antarabangsa.
"Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara. Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan.
"Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan angkatan tentera sebagai pilihan terakhir," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment