Write For Us

Permohonan maaf Tun M bukan konsep Islam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
PAS menyifatkan permohonan maaf terbuka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sekadar ucapan zahir dan tidak mengikut konsep Islam yang sebenar.
Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Dr Mahathir mencontohi PAS dalam urusan bermaaf-maafan.
Kata Abdul Hadi permohonan maaf harus dilakukan secara pratikal - seperti yang dilakukan oleh PAS - dengan tidak membalas dendam atas kuasa pemerintahan yang ada.
''Bahkan kita memerintah Terengganu dan Kedah, kita tidak membalas dengan dengan kuasa yang ada.
"Ini menandakan kita meminta maaf secara pratikal bukan bercakap saja" katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Penambahan Ahli PAS Pilihanku 2.0 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur petang tadi.
Abdul Hadi juga membayangkan beliau tidak menganggap Dr Mahathir jujur dalam permohonan maafnya semalam.
''Maaf itu bukan adat Melayu, maaf dalam adat Melayu kita fahamlah (tapi) adakah (ia) berkonsep Islam atau tidak," kata Abdul Hadi.
''Saya dengar dia (Dr Mahathir) membuat kenyataan lain pula selepas itu, tidak mengaku salah, tetapi minta maaf sahaja," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment