Write For Us

Cukai pelancongan tak jejaskan Sukan SEA, kata KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin pelaksanaan cukai pelancongan bermula 1 Ogos ini tidak memberi kesan besar terhadap kehadiran pelancong ke temasya Sukan SEA 2017, nanti.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan mengenai industri pelancongan sukan sudah berlangsung di peringkat jemaah menteri.
"Satu penjelasan dan taklimat diberikan oleh menteri pelancongan dan kami semua sebagai anggota jemaah menteri telah memberi maklum balas dan sebagainya.
"Sebagai menteri belia dan sukan, saya rasa kesannya minimum sekali terhadap industri pelancongan sukan," katanya kepada media selepas menghadiri Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama warga sukan di Kuala Lumpur, semalam.
Cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa awal Ogos ini akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.
Cukai itu membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana hotel, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.
Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di parlimen pada sidang yang lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus dalam tempoh setahun.
Susulan itu, pelancongan yang hadir bagi menyaksikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini antara mereka yang akan dikenakan cukai tersebut sebaik penguatkuasaannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment