Write For Us

'Hotel 3 bintang ke bawah mungkin tak kena cukai pelancongan'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
120 Views
Published
Rakyat Malaysia mungkin dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan untuk penginapan di hotel tiga bintang dan ke bawah.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mengecualikan rakyat tempatan daripada membayar surcaj hotel.
Bagaimanapun, kata beliau, pengecualian cukai pelancongan hanya terhad kepada hotel tiga bintang dan ke bawah sahaja.
"Kami segang kaji dan akan diumumkan kemudian," jelasnya ketika menghadiri acara di Subang.
Tambah beliau, walaupun cadangan tersebut diluluskan, pengecualian berkenaan tidak akan terpakai ke atas para pelancong asing.
Cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Sebelum ini, menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.
Kadar cukai itu adalah seperti berikut:
1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment