Write For Us

Culik: Orang ramai nyala lilin tanda solidariti untuk paderi Raymond Koh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Kira-kira 300 orang ramai berkumpul berhampiran Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam malam tadi sebagai tanda solidariti di kalangan ahli keluarga paderi Raymond Koh, yang diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari lalu.
Sehingga hari ini, tiadak maklumat mengenai di mana Koh berada walaupun orang ramai menuntut jawapan daripada pihak berkuasa.
Terdahulu, rakaman CCTV yang tersebar menunjukkan penculikan paderi Raymond Koh berlaku dalam masa hanya beberapa saat.
Anaknya, Yonatan Koh mengesahkan video itu yang kini berlegar-legar dalam talian adalah sahih.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan video tersebut menggambarkan penculikan pada 13 Februari yang lalu di Petaling Jaya, Selangor.
Polis telah mendapat beberapa maklumat dan sedang berusaha untuk mencari suspek, katanya kepada Malaysiakini.
Khalid juga menggesa mereka yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian itu untuk tampil ke hadapan.
Video selama dua minit 52 saat itu yang dipercayai dari rakaman kamera pengawasan rumah memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih atau perak dihalang oleh tiga SUV hitam.
Menurut keluarganya, paderi memandu kereta berjenama Honda Accord berwarna perak tahun 1990 di Jalan SS4B/10 apabila diculik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment