Tun Daim Zainuddin mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.
Mendedahkan perkara berkenaan dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi, Daim menolak untuk bercakap dengan Jho Low dan menyuruh ahli perniagaan kelahiran Malaysia itu bercakap dengan wakilnya sahaja.
Daim berkata sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment