Write For Us

Dakwaan Annuar salah guna kuasa, Pemuda BERSATU buat laporan polis

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
177 Views
Published
Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa yang didakwa menggunakan duit tajaan Pelaburan Mara Berhad dan UniKL bagi menyelamatkan pasukan bola sepak The Red Warriors (TRW).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Shah Alam, hari ini.
Terdahulu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui pendedahannya mendakwa Annuar 'secara paksa' menggunakan duit rakyat melalui MARA dan UniKL untuk menaja skuad TRW.
Bagaimanapun, menulis di Facebook, Annuar berkata MARA tidak pernah menaja The Red Warriors (TRW) walau satu sen dan logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan itu dipamerkan secara percuma, walaupun ia bernilai RM250,000.
Menurut Annuar, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bola sepak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment