Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa untuk mengarahkan SPRM supaya mempercepatkan siasatan terhadap kerajaan Selangor berhubung kelulusan yang diberikan kepada beberapa syarikat untuk membuka 27 kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong.
Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, isu kuari Bukit Lagong perlu dijadikan kes pemula bagi kerajaan untuk menghapuskan dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan.
Razak yang juga sebahagian daripada kumpulan aktivis Otai Reformis 1998, pada 22 Okt lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung kemungkinan salah laku dalam meluluskan 27 plot kuari di rizab itu, termasuk yang berkaitan dengan kerabat diraja dan dua menteri besar.
Dia hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini sebagai langkah susulan perkembangan siasatan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment