Write For Us

Dakwaan rasuah Sabah: Nama Jahid muncul selepas dakwaan terima 150K

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Sebuah lagi video terkait dakwaan skandal rasuah dalam sektor perlombongan di Sabah muncul semalam, dan kali ini mengaitkan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu dimuat naik oleh ahli perniagaan Albert Tei melalui saluran Telegram Edisi Siasat, memaparkan perbualan antara beliau dan Jahid mengenai pemindahan wang sebanyak RM150,000, selain perbincangan berkaitan projek perlombongan emas dan tembaga di negeri itu.

Dalam rakaman tersebut, Tei turut merujuk kepada seorang wanita bernama Andendah yang didakwa bertindak sebagai proksi kepada Jahid, dengan memegang 15 peratus kepentingan dalam projek tersebut. Perbualan itu juga mengaitkan isu kelulusan Jabatan Perhutanan Sabah serta keadaan industri perlombongan yang dikatakan “banyak masalah” ketika ini.

Tei kemudian mendakwa beliau pernah menyerahkan RM150,000 sebelum Jahid jatuh sakit, dan bertanya sama ada pemimpin itu masih mengingatinya. Jahid kedengaran mengakui pernah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, meskipun menyebut beliau “tidak berapa ingat”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment