Write For Us

Dana Felda 'lesap': Mungkin lebih dari RM4.3b, kata Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan memberi peluang kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk menjelaskan apa yang didakwanya mengenai 'kehilangan' dana agensi itu sebanyak RM11.4 bilion.
Sebab itu, tambah Rafizi, beliau menegaskan berkali-kali masalah kewangan Felda adalah lebih meruncing dan jumlah wang yang berkemungkinan besar telah lesap adalah lebih tinggi dari RM4.3 bilion yang disebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, ketika mula-mula menjawat jawatan pengerusi Felda, Shahrir mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.
Bagaimana, beberapa hari selepas itu, Shahrir menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita.
Katanya, beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.
Mengulas lanjut, Rafizi menambah, pihaknya ingin menegur Shahrir kerana penilaian beliau mengenai jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan apabila mempersoalkan dana Felda RM4.3 bilion itu bukan sahaja tidak tepat, malah menyembunyikan angka yang sebenar.
Malah, kata Rafizi, beberapa siri penangkapan oleh SPRM setakat ini hanya melibatkan pengurusan kanan berpangkat pertengahan dan jumlah penyelewengan yang terbabit iaitu beberapa ratus juta adalah terlalu sedikit berbanding jumlah RM11.354 bilion yang perlu dijawab oleh Shahrir.
Layari berita lanjut di
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment