Write For Us

Rafizi cadang MB Perak buat 'gimik' lebih baik dari kutip sampah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang membuat kejutan apabila menyertai kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap pada 2 Februari lalu, dilihat sebagai 'salah gimik'.
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafzi Ramli berkata sepatutnya Zambry memakai uniform penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menangkap pesalah yang membuang sampah jika mahukan gimik yang lebih baik.
Rafizi berkata demikian ketika menjadi panel dalam program bual bicara anjuran INVOKE Malaysia, pada Jumaat lalu.
Pada 2 Februari lalu, Zambry membuat kejutan apabila turut menyertai pekerja am MBI melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap.
Dengan mengenakan pakaian dan topi pekerja perkhidmatan am MBI, Zambry hadir kira-kira jam 6.50 pagi sebelum menyertai enam kakitangan MBI menaiki lori sampah dan mengutip sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Ipoh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment