Sidang DUN Perak pada Rabu hampir kecoh apabila ADUN DAP-Tronoh, Yong Choo Kiong mengkritik tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap bersama pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Februari lalu.
Walaupun memuji tindakan Zambry, kata Yong, peranan utama sebagai menteri besar adalah menjaga dan mengurus tadbir ekonomi negeri dengan baik dan bukannya mengutip sampah.
"MB kalau ada masa lebih pergi kutip sampah, memang baik, saya pun mahu ikut juga.
"Tetapi peranan utama sebagai menteri besar, orang yang pertama dalam eksekutif, peranannya bukan pergi kutip sampah.
"Ia kena urus tadbir ekonomi dengan baik supaya semua orang tak jadi gila, tak ada tekanan," kata Yong.
Yong menjawab pencelahan ADUN BN-Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang bangun mempertahankan tindakan Zambry sebagai satu galakan kepada rakyat supaya menjaga kebersihan.
Kata Khusairi, ini bagi memastikan kebersihan dapat dijaga agar sampah sarap tidak menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes yang mengakibatkan penularan wabak denggi di daerah Kinta.
Terdahulu, Yong berbahas mengenai kes denggi di mana daerah Kinta mencatatkan kes paling tinggi iaitu 69.9 peratus, dan Perak menduduki tangga ke-2 di seluruh Malaysia.
Pada 2 Februari lalu, Zambry membuat kejutan apabila turut menyertai pekerja am MBI melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap.
Dengan mengenakan pakaian dan topi pekerja perkhidmatan am MBI, Zambry hadir kira-kira jam 6.50 pagi sebelum menyertai enam kakitangan MBI menaiki lori sampah dan mengutip sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Ipoh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment