Write For Us

MB Perak pandu lori kutip sampah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
173 Views
Published
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan melayan kenyataan 'sampah' seorang ADUN DAP yang mengkritik tindakannya memandu lori sampah dalam sebuah program kebersihan di Kampar, semalam.
Memetik Perak Today, Zambry mengulas respon ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham di Twitter yang mendakwa tindakannya mengutip sampah sebagai publisiti murahan dan mahu menutup kegagalan urusan pentadbiran negeri.
“Kalau tindakan kita dengan mengutip sampah ini sebagai satu simbol kepada kegagalan pentabiran kerajaan negeri, biarkan lah dia, dengan kenyataan sampahnya.
“Saya telah menjangkakan ini kerana setiap kali kita turun buat kerja dan mengajar rakyat tentang kebersihan, itu yang mereka tak tahan (tergugat) kerana kita buat di kawasan-kawasan bandar yang mereka menjadi wakil rakyatnya.
“Pada saya, biarlah kita meneruskan agenda kita untuk menjadikan negeri Perak sebagai negeri bersih dan kepada pembangkang, biarlah mereka terjun bersama dengan labu-labunya”, ujarnya.
Pada Selasa lalu, Zambry sekali lagi turun padang mengutip sampah pada sesi program Perak Yang Bersih Daerah Kampar bersama barisan Exco dan penduduk setempat di Malim Nawar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment