Write For Us

Dana risikan RM7j: Tiada apa nak sembunyi, kata Hisham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan jawapan yang ringkas terhadap dakwaan "Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP)" menerima dana dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum yang lalu:
"Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan."
Menegaskan peranan kementeriannya adalah jelas kerana bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Hishammuddin berkata, soal ketenteraan 'tidak pernah dipolitikkan'.
"Jadi, jika ada langkah diambil untuk siasatan, biarkan mana-mana agensi siasat.
"Biarkan siasatan (dijalankan) kerana kita bukan mahu memutar-belit dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.
"Jadi, jika ada perkara-perkara yang seolah-olah berkaitan dengan tuduhan-tuduhan tertentu, buktikan dan biarlah siasatan dijalankan," katanya pada sidang akhbar di pangkalan Tentera Udara Subang Subang, semalam.
Hishammuddin juga berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada wang itu memang telah dibayar atau sebaliknya.
Beberapa hari yang lalu, portal Sarawak Report dalam pendedahan terbarunya mendakwa ada transaksi kononnya melalui akaun bank peribadi Najib menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Antara lain, ia mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada "BSPP" pada 8 April 2013 iaitu sekitar sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Dalam satu risalah e-mel, Sarawak Report berkata mungkin "Lt Jeneral Datuk Abdul Hadi Bin Haji Hussin" boleh menjelaskan mengapa perkhidmatan itu menerima cek peribadi daripada perdana menteri hanya sebulan sebelum pilihan raya lepas.
BSPP adalah agensi perisikan bersama Angkatan Tentera Malaysia. Ia melaporkan terus kepada penglima angkatan tentera.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment