Write For Us

DAP dakwa ROS main tarik tali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dilihat seperti sedang tarik tali bagi menyelesaikan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, kata Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
Menurut beliau, ROS seolah-olah teragak-agak untuk berjumpa dengan DAP untuk menyelesaikan isu tersebut
“Kita cuba hubungi ROS, namun mereka teragak-agak untuk berjumpa kita. Agak aneh apabila ROS boleh berjumpa dengan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang juga ada kita di dalamnya.
“Namun apabila hendak berjumpa atas dasar masalah DAP yang perlu diselesaikan, mereka tidak mahu,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Gobind berkata pihaknya telah menghantar surat kepada ROS pada 21 Julai lalu berkaitan badan bebas yang akan memantau pemilihan CEC itu nanti.
Bagaimanapun katanya, sehingga ke hari ini ROS masih belum memberi sebarang maklum balas.
“Selagi mereka tidak respon kepada kita, kita tidak boleh buat tindakan lanjut,” katanya yang juga Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP.
Minggu lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan mengadakan pemilihan baru CEC bagi mengelak parti itu digantung.
Ini susulan kenyataan setiausaha penganjur kebangsaannya, Anthony Loke yang sebelum ini berkata DAP bersedia mematuhi permintaan ROS, "di bawah protes".
Sementara itu Gobind berkata pihaknya perlu mengadakan pemilihan CEC secepat mungkin namun, ROS pula dilihat mengambil sikap sambil lewa.
“Persoalannya adakah mereka hendak respon atau tidak?
“Jika tidak, beritahu kita dan parti boleh tangguhkan pemilihan semula, atau jika ada sebarang masalah kita boleh bawa ke mahkamah walaupun semua sudah kita lakukan,” katanya.
ROS pada 7 Julai mengumumkan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC yang baru, tetapi hanya menghantar surat rasmi kepada parti itu 10 hari kemudian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment