PAS berpandangan DAP wajar menghormati peraturan sedia ada dan akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika parti politik tidak menghormati peraturan, ia menghantar isyarat yang salah kepada rakyat.
"Bagi kami, kita menghormati peraturan sedia ada. Kita parti politik tidak hormat peraturan, dia telah menghantar isyarat yang salah kepada rakyat.
"Jadi peraturan mesti diikuti, kalau kita tidak ikut peraturan, buat apa kita daftar dengan ROS. Bagi saya, kena hormat peraturan yang ada," katanya pada sidang media di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali keempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.
Terdahulu, DAP akur dengan arahan ROS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Beliau bagaimana berkata pemilihan semula itu dibuat 'di bawah protes' dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment