Write For Us

Sepatutnya bekas PM harus tahu peraturan, kata Noh pada Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Semua pihak termasuk bekas perdana menteri negara ini terikat dengan undang-undang kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.
Katanya Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya mengikut prosedur yang ditetapkan untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan bekas Ketua Umum pembangkang itu adalah tahanan penjara.
“Yang saya tahu nak lawat banduan ada prosedur, keluarga pun nak lawat penjara pun ada prosedur jadi sudah tentu saya sendiri, saya sebagai menteri nak lawat seorang kawan di penjara, saya kena ikut peraturan, mana boleh saya main redah sahaja.
“Ini masalah dia bila dia tak ikut peraturan, dia akan salahkan kerajaan. Tidak ada sesiapa yang terlepas dari undang-undang kecuali pengecualian tertentu.
“Jadi kalau dia main jalan terus sudah tentu (tak boleh). Tak adil kalau nak salahkan pihak kerajaan pula. Kita ada peraturan jadi sebagai bekas PM, bekas menteri dia patut tahu lah peraturan-peraturan,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis Pelancaran Daftar Pengurus Harta di Hotel Hilton Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu Noh ditanya mengenai lawatan Dr Mahathir ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu Anwar namun gagal berbuat demikian kerana didakwa dihalang oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia atas arahan Kementerian Dalam Negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment