Write For Us

Mereka tak tahu apa-apa tentang automotif, kata Dr M pada pengkritik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Selepas melancarkan Festival GT Asia hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata langkah menambah baik penguasaan Malaysia dalam bidang kejuruteraan automotif akan membantu perkembangan negara.
Merujuk kereta Proton Saga yang digunakan dalam acara hari ini, Mahathir berkata banyak teknologi digunakan dalam pembuatan kereta.
"Anda lihat 70 kereta (Proton) Saga dan mereka kedengaran seperti F1 (kereta Formula 1), tetapi orang fikir kereta kita tak bagus.
"(Mereka kata) Jangan beli kereta Malaysia, beli kereta luar. Jangan mulakan kereta nasional ketiga sebab ia tak baik," katanya dengan nada menyindir.
Mahathir berkata China mengorak kemajuan besar atas penglibatannya dalam bidang automotif.
"Anda fikir (pengkritik projek kereta nasional ketiga) tahu teknologi yang terlibat (dalam pembuatan kereta)?
"Kita (Malaysia) tak tahu apa-apa tentang kejuruteraan automotif. Sebab itu kita (mahu) perkenal kereta nasional ketiga - untuk belajar.
"Tolong belajar untuk belajar. Orang Malaysia fikir mereka tahu semua," katanya lagi ketika ditemui pemberita di Litar Antarbangsa Sepang.
Terdahulu, Mahathir menaiki kereta NIO EP9 - sebuah kereta elektrik berkuasa tinggi - dan dibawa membuat satu pusingan oleh pelumba kereta negara Jazeman Firhan Jaafar.
Acara tiga hari itu julung kalinya diadakan di luar China. Ia anjuran bersama Country Heights Holdings Bhd dan syarikat negara itu Goldenport Enterprises.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment