Write For Us

DAP selar cadangan PAS 'Anggota Kabinet Melayu-Muslim sahaja'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
DAP mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan keanggotaan kabinet hanya eksklusif untuk kaum Melayu Islam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata langkah sedemikian bercanggah dengan berperlembagaan dan akan memecahbelahkan negara.
Ini kerana Kabinet yang dicadangkan Hadi adalah tidak mengikut perlembagaan dan menyebabkan kaum bukan Melayu dan bukan Islam menjadi warganegara kelas rendah dengan mengurangkan hak mereka.
Tambah Guan Eng lagi, tidak ada orang bukan Melayu, bukan Islam dan majoriti orang Melayu-Muslim yang sederhana di Malaysia akan menerima pendirian melampau dan perkauman seperti ini, yang hanya seperti Taliban.
Beliau mengulas tulisan Abdul Hadi yang disiarkan di portal rasmi PAS, Harakahdaily Jumaat lalu yang antara lain menyebut:
Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh.
Tambah tulisan itu lagi, Tetapi pada masa sama, Islam memberi hak yang lebih banyak kepada penganut bukan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan lain-lain urusan kehidupan, lebih daripada hak yang diberi oleh pendukung dan pejuang ideologi ciptaan manusia dan agama lain terhadap pihak yang berbeza dengan mereka".
Memetik ulama fiqh di antaranya Al-Mawardi, Hadi berkata Islam mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan), dan bukan Wazir Al-Tafwid (membuat polisi dan dasar negara).
Guan Eng berkata dengan mengambil sikap ekstremis dan perkauman seperti itu, Hadi bukan sahaja akan menakutkan penduduk Sabah dan Sarawak, malah mungkin menyebabkan perpecahan Malaysia dengan mengasingkan Melayu Islam dan bukan Melayu Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment