Write For Us

Kabinet bincang cadangan ambil alih PLUS Rabu ini - Guan Eng

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan empat lebuh raya berkaitan Gamuda Bhd di Lembah Klang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata beliau tidak boleh mendedahkan lebih lanjut termasuk pihak mana yang berjaya dalam bidaan kerana ia membabitkan pengumuman penting.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak untuk menunggu hingga mesyuarat itu selesai dan menunggu kenyataan yang akan dikeluarkan kelak.
Guan Eng berkata demikian ketika ditanya bila kerajaan akan mengumumkan pihak yang berjaya membida untuk mengambil alih syarikat konsesi berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Georgetown pada Isnin 13 Januari.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment