Write For Us

DAP serah laporan penyata tahunan kepada ROS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selepas mengadakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menerusi kongres khas pada 12 November lalu.
Selain itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke turut menyerahkan dua Penyata Kira-kira bagi tahun tutup 31 Disember 2015, dua salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2017 dan tiga salinan senarai nama ahli-ahli CEC bagi tahun 2017 kepada wakil ROS, selain laporan auditor diserahkan pada 27 November lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Anthony berkata, penyerahan dokumen-dokumen ini merupakan proses lengkap selepas pemilihan diadakan seperti yang diarahkan ROS, dan berharap jabatan itu akan berpuas hati serta mengembalikan status DAP secara biasa secepat mungkin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment