Write For Us

'Datuk' itu perlu ditangkap, gesa Presiden IKHLAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.
Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.
Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi semalam, berakhir tanpa sebarang kekacauan.
Terdahulu, pemandu lori yang dipukul beberapa individu di sebuah kondominium di Ampang mendakwa tidak melakukan sebarang provokasi ketika serangan.
Menceritakan kejadian itu, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata ketika mengundurkan lorinya, beliau secara tidak sengaja melanggar kereta Mercedes-Benz yang diparkir di situ.
Ketika keluar dari lori berkenaan, dia didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment