Write For Us

Isu KP takut mati: Rayer sifatkan maaf Tiong tidak ikhlas, perlu dibuat di Dewan Rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer sekali lagi mengungkit isu Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing berhubung kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati".

Kali ini, Rayer menyifatkan permohonan maaf oleh Tiong itu tidak ikhlas kerana tidak dibuat di dalam Dewan Rakyat.

Semalam, Tiong menyatakan maafnya dalam satu kenyataan media berhubung kenyataan kontroversinya itu kepada semua barisan doktor, jururawat, frontliners termasuk ketua pengarah kesihatan.

Jelasnya, permohonan maaf itu dibuat bagi memastikan "perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar".
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment