Write For Us

Dewan 'terhibur': Sifatkan Dr M 'ok' bersama PH, sudah sesat bersama PAS, Rayer kena 'bahan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
29 Views
Published
Dewan Rakyat hari ini terhibur dengan gelak tawa Ahli Parlimen pembangkang ketika seorang wakil rakyat kerajaan menuntut polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat sama ada Dr Mahathir Mohamad terbabit dalam insiden 'mata lebam' Anwar Ibrahim pada 1998.

Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki kemudian bangun mencelah dan mempersoal kenapa Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer tidak menuntut Dr Mahathir dihadapkan ke mahkamah kerana menzalimi Anwar ketika bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi Perdana Menteri sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Menjawab celahan itu, Rayer memaklumkan ia berikutan ketika itu prinsip perjuangan Dr Mahathir selari dengan PH, namun kini bekas Perdana Menteri itu 'telah mengikut PAS'.

https://www.youtube.com/watch?v=5pZ7aDdQqy4
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment