Write For Us

'Datuk' syarikat bank ditahan, dapat RM15 juta buku tak terbit

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
194 Views
Published
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.

Bernama melaporkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata lelaki itu ditahan hari ini di pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada 2 petang tadi di ibu negara, hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.

Katanya, individu bergelar Datuk itu dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Menurutnya, sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut, namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.
Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment