Write For Us

Pandikar: Terbit buku bukan persediaan tanding PRU

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata penerbitan bukunya baru-baru ini bukanlah bertujuan sebagai persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Sebaliknya buku bertajuk ‘Berpisah Tiada’ tersebut adalah bagi menerangkan isu-isu yang dikaitkan dengan aspek undang-undang berkenaan dengan negeri Sabah serta sejarah Penubuhan Malaysia 1963 dan kedudukan Sabah, Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
“Tidak ada, tidak ada, tidak ada (bukan sebab nak bertanding). Itu lagi satu sebab kenapa saya terpaksa bertungkus-lumus hasilkan satu buku yang menidakkan apa yang disebut oleh pihak di sebelah sana. Tidak semestinya pembangkang.
“Ada juga orang dari Sabah dan Sarawak yang memikirkan bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak dicabuli. Tetapi bagi saya kita tak boleh memutar belit sejarah, tak memahami (sejarah).
“Saya terpanggil untuk berhujah walaupun saya dikecam oleh orang Sabah dan Sarawak bahawa saya angkat kaki di Kuala Lumpur, untuk berpolitik, tidak ada niat begitu,” katanya selepas perasmian buku tersebut di parlimen, semalam.
Pandikar berkata demikian ketika ditanya mengenai penerbitan buku itu memandangkan pada April lalu beliau menyatakan kesediaan bertanding dalam PRU akan datang.
Beliau telah sembilan tahun memimpin Dewan Rakyat sejak diumumkan sebagai speaker menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Menurut bekas calon parlimen Kota Belud itu, persoalan sama ada beliau bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen terletak kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.
Buku setebal 147 halaman yang ditulis Pandikar itu mengetengahkan mengenai isu berkaitan kedudukan dan kepentingan Sabah dalam Malaysia, khususnya daripada aspek undang-undang, sejarah, politik dan Perlembagaan.
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri dan anggota parlimen kerajaan serta pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment