Write For Us

Fokus tumbang BN, bukan tanding di Permatang Pauh tegur Izzah kepada PAS

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
107 Views
Published
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Ia kerana katanya, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.
“Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN. Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam pilihan raya umum depan.
DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment