Write For Us

Nurul Izzah ke Permatang Pauh?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan bertanding di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 manakala presiden PKR yang juga adalah ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan bertanding di sebuah kerusi di Lembah Klang.
Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star, melaporkan demikian, dengan memetik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Pada Disember tahun lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Nurul Izzah telah ditetapkan untuk menjadi calon PKR di Permatang Pauh dengan Wan Azizah bertanding di Pandan atau Bandar Tun Razak di Lembah Klang.
Beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak menjangkakan bahawa Nurul Izzah akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai berikutan pemindahan 6,598 pengundi baru dari pasukan polis ke kerusi itu sejak pilihan raya umum 2013.
Ahli Parlimen dua penggal itu mengekalkan kerusi Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi dengan mengalahkan calon BN Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dari BN.
Bekas setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang juga adalah pengarah komunikasi PKR, dijangka akan dicalonkan di Lembah Pantai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment