PKR akhirnya mengeluarkan senarai calon rasmi bagi pilihan raya umum ke-14 hari ini.
Senarai itu mengesahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Pandan sementara anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar akan berpindah ke Permatang Pauh.
Nurul, yang merupakan anggota parlimen selama dua penggal di Lembah Pantai, akan menggantikan ibunya di Permatang Pauh, sebuah kerusi tradisi yang ditandingi anggota keluarganya selama beberapa dekad.
Empat pemimpin PKR akan bertanding bagi kedua-dua kerusi parlimen dan negeri adalah
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali - Gombak (Parlimen); Bukit Antarabangsa (DUN)
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail - Kulim Bandar Bharu (Parlimen); Pantai Jerejak (DUN).
Datuk Johari Abdul - Sungai Petani (Parlimen) ; Gurun (DUN).
Shamsul Iskandar Mohd Akin - Hang Tuah Jaya (Parlimen); Rembia (DUN).
Sementara itu, PKR akan memindahkan Rashid Hasnon, timbalan ketua menteri sementara Pulau Pinang untuk bertanding di Batu Pahat, Johor.
Satu lagi nama besar yang muncul dalam senarai PKR di Johor ialah pengasas Masterskill Education Group Edmund Santhara, yang ditugaskan untuk menandingi Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam bagi kerusi parlimen Segamat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment