Seramai 20 penduduk Kampung Bukit Kuda, Klang berkunjung ke Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendapat ugutan daripada seorang individu bergelar 'Datuk'.
Menurut seorang penduduk kampung tersebut, Manis Baba berkata 'Datuk' itu mendakwa beliau mendapat arahan perdana menteri untuk merobohkan rumah di kawasan itu pada pagi Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Turut hadir, S Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengiringi rombongan penduduk kampung itu ke pejabat perdana menteri.
Bagaimanapun, Setiausaha Politik perdana menteri Abu Bakar Yahya menerima memorandum tersebut dan memberi jaminan bahawa siasatan segera akan dijalankan.
Penduduk Kampung Bukit Kuda berdepan masalah pengusiran paksa oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai tuan tanah, menggunakan pelbagai bentuk gangguan bagi mengusir penduduk dari kampung tersebut pada 2015.
Dua tahun lalu, penduduk kampung tersebut memenangi kes di mahkamah selepas mereka menuntut hak sebagai penduduk sah yang menetap di kampung itu lebih 50 tahun.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment