Write For Us

Debaran berakhir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Kapar: Debaran pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka berakhir apabila majlis berjalan lancar tanpa sebarang halangan termasuk kediaman dilimpahi air di Jalan Sungai Gelama, Kampung Tok Muda, di sini, hari ini.
Ia berikutan pihak berkuasa sebelum ini menjangkakan kawasan itu dilanda banjir kilat berikutan air pasang besar berlaku pada awal pagi tadi.
Pasangan Juniharyono Jakpar, 26, dan Izzati Khafawati Osman, 24 bersyukur selepas majlis meraikan hari bahagia mereka berlangsung dengan lancar dan meriah apabila dihadiri kira-kira 1,300 tetamu jemputan.
Juniharyono yang juga seorang jurukimpal berkata, dia teruja untuk terus mengadakan majlis perkahwinan ini berikutan ia sudah dirancang kira-kira setahun lalu dan kad jemputan sudah diedarkan kepada orang ramai.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cuaca juga dalam keadaan baik biarpun sedikit mendung.
"Tetamu yang datang juga ramai.
"Setiap saat hati saya berdebar menanti dan sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada musibah sepanjang berlangsungnya majlis ini," katanya.
Sementara itu, Orliyah Salleh, 46, iaitu ibu kepada Juniharyono berkata, hampir setiap saat dia berdoa agar majlis perkahwinan anak lelakinya berlangsung dengan lancar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment