Write For Us

PAU dan debaran Ismail Sabri di muktamar PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 mungkin menjadi penanda aras terhadap kerjasama parti itu dengan bekas seteru mereka dalam politik, PAS.
Ia boleh dianggap sedemikian kerana status hubungan kedua-dua parti itu masih kabur walaupun pemimpin tertinggi Umno sudah menghadiri muktamar PAS pada 15 Sept lalu.
Muktamar PAS di Kuala Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin kanan lain parti berkenaan hadir sebagai tetamu istimewa.
Memang ada usul daripada Pemuda PAS Kota Raja supaya PAS Pusat membuat pengesahan mengenai hubungan itu, sama ada berbentuk taawun atau tahaluf.
Namun sehingga muktamar berakhir isu berkenaan tidak dituntaskan.
Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS masih menilai kerjasama dengan Umno itu dari semasa ke semasa dan menganggap statusnya bertaraf taawun atau tahaluf tidak mendesak untuk ditentukan ketika ini.
Seorang daripada naib presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Umno juga masih belum memutuskan pendirian secara rasmi mengenai kerjasama dengan PAS.
Justeru katanya ia terbuka untuk dicadang dan dibahaskan semasa PAU berlangsung pada akhir bulan ini.
Beliau berkata semasa sesi wawancara eksklusif Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment