Write For Us

Debaran kerusi Tok Mat diputus mahkamah hari ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban akan memutuskan hari ini berhubung cabaran calon PKR, Dr S Streram terhadap bekas menteri Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang memenangi kerusi DUN Rantau tanpa bertanding.
Dr Streram sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah timbalan presiden Umno sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Mohamad menang kerusi itu tanpa bertanding selepas pegawai pengurus pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Amino Agus Suyub enggan membenarkan Streram memasuki pusat pencalonan pada 28 April lalu kerana beliau tidak mempunyai pas sah.
Sebanyak 19 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan selama 12 hari itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment