Write For Us

Demo tuntut perlindungan hak terhadap anak tiri CEO Cradle

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Sekumpulan kira-kira 30 orang pagi ini mengadakan demonstrasi di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menuntut perlindungan hak dua kanak-kanak bawah umur yang kini ditahan atas kes pembunuhan ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.
Penunjuk perasaan, termasuk ahli keluarga anak-anak, dan kawan-kawannya, mengangkat plakat semasa protes senyap yang bermula pukul 10 pagi.
Antara tuntutan yang dinyatakan di atas plakad itu ialah untuk kanak-kanak diberikan siasatan yang adil dan juga kepada media untuk memastikan laporan yang adil mengenai kes itu.
Mereka juga menuntut agar kanak-kanak itu tidak di gari dan dipisahkan dari tahanan dewasa, dan juga identiti mereka yang tidak boleh didedahkan kerana mereka adalah anak-anak di bawah umur.
Dilaporkan bahawa kanak-kanak lelaki, berusia 16 dan 14 tahun, ditahan oleh polis pada hari Sabtu untuk membantu siasatan kematian Nazrin Hassan pada bulan Jun.
Polis bulan lepas mengklasifikasi semula siasatan mereka ke atas kematian Nazrin sebagai pembunuhan selepas laporan bedah siasat dan siasatan mendedahkan bahawa dia telah dibunuh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment