Write For Us

Penduduk demo depan DBKL tuntut tutup pusat penyembelihan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Seramai kira-kira 300 penduduk dari sekitar Selayang mengadakan protes di hadapan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini untuk membantah projek penyembelihan di kawasan mereka.
Mereka, termasuk dua anggota Parlimen, meminta DBKL dan kerajaan persekutuan untuk memindahkan pusat penyembelihan itu, atas alasan bahawa lokasi yang dicadangkan bersebelahan pasar Selayang tidak sesuai dan menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk.
Setiausaha 62 gabungan NGO yang mendakwa mewakili penduduk itu, itu, Abdul Aziz Mohd Alias, berkata mereka kecewa kerana projek itu diteruskan meskipun mendapat banyak bantahan daripada penduduk sekitar.
Kumpulan yang diketuai oleh Aziz dan dua Ahli Parlimen - William Leong Jee Keen (Selayang) dan Lim Lip Eng (Kepong) - turut menyampaikan memorandum bantahan kepada Pengarah Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment