Write For Us

Dewan Rakyat hampir kecoh, microphone MP Pasir Salak dicabut

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Ahli Parlimen Kota Bahru, Takiyuddin Hassan bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof mengapa microphone Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dicabut walaupun beliau akur dengan penggantungannya selama dua hari.
Namun Speaker berkata microphone tidak akan dicabut jika Tajuddin keluar Dewan sejurus diarah keluar pada Khamis lalu.
Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim pula berkata Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kerap menganggu ucapan Ahli Parlimen lain, namun tak pernah dihalau keluar.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarahkan keluar Dewan Rakyat hari ini dan digantung selama dua hari.
Ia berikutan keingkarannya mematuhi arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang berkali-kali memintanya supaya tidak berdiri, mencelah dan mengganggu sesi persidangan Dewan Rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment