Write For Us

Dewan Rakyat hampir kecoh perkataan 'najis'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Persidangan Dewan Rakyat hari ini hampir kecoh apabila Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyebut perkataan 'najis' - merujuk kepada perkara buruk yang ditinggalkan kerajaan BN sebelum 2008 - sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati seorang ahli parlimen BN.
"Sebelum 2008, kerajaan BN di Selangor telah membuat satu projek Setinggan Sifar di mana kediaman untuk penduduk setinggan tidak disediakan sedangkan penempatan setinggan mereka dirobohkan.
"Apa yang beban kerajaan Pakatan yang mentadbir Selangor itu pikul adalah 'najis-najis' yang dilakukan BN," kata Zuraida.
Ucapan Zuraida itu diganggu oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee menegur Zuraida agar tidak mengeluarkan perkataan berbentuk provaksi sehingga menimbulkan 'sakit hati' kepada ahli parlimen lain.
Zuraida kemudian menukar perkataan 'najis' kepada bentuk penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment